468x60

:: Kelebihan solat tarawih malam pertama ::

Tuesday, August 10, 2010


kesempatan ini nk ucapkan salam ramadhan pada semua, alhamdulillah dipertemukan dengan ramadhan kali ni..1st time sambut ramadhan bersama budak busuk izz wathieq..camna la agaknya mama ngan abah sahur nnti..ramadhan kedua bersama suami tersayang...tahun lepas izz wathieq inside mama..hihi...alhamdulillah semoga kami sekeluarga akan sentiasa dipermudahkan segalanya...menu 1st day sahur ni erm abah request sambal sardin dengan telur dadar chezzy..katanya 1st time ni kene simple2 baru terasa buka selera 1st time feel sahur...walaupun kali ni tak dapat nk menunaikan ibadah tarawih berjemaah di masjid moga pengorbanan seorang ibu itu mendapat fadhilat daripada Maha Esa...yg penting keikhlasan...mai kita sama2 kongsi fadhilatnya..

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

IBADAH TARAWIH
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

~mama tergolong dalam org yg diizinkan berbuka atau tidak berpuasa. moga mama tabah laksanakan ibadah ini dengn ikhlas...aminn

0 komen pembaca: