468x60

ayam cucuk vs ayam organik

Thursday, September 22, 2011
setelah sekian lama menyepi ni so nak share skit pasal kes2 ayam cucuk nih...semalam dapat email dari kak fid (officemate) mmg mengerikan la so mugkin boleh google kes2 suntikan yang digunakan utk cucuk ayam ni diragui...

dan tah tiba2 mmg kesedaran tu terus menular masuk dalam urat2 macam mengalir pulak dalam darah ni... disebabkan budak cuk izz wathieq hari2 sebut "mama nk kann ayammm!!!" ayam ke ikan ke lauk kat rumah dia akan kata ayam. dengan umur yang baru je nak masuk 2 tahun bulan depan darah daging yang duk develop dalam badan tu mmg terlalu kecil tuk paham semua ni. so mama pun dengan keadaan adik yang dah mula sarat dalam nih pi gagah mencari ayam organik.


ni budak cukk suka makan ayam

mmg kebetulan sje duk ikut kak tim pi shoping tupperware la kononnye rupanya ada kedai nama Az-zain kat area sek 15 shah alam tu. waktu operasi 9am to 9pm so kalau balik keje tu still boleh singgah.macam2 ada kedai ni semua berasaskan muslim frozen food pun byak kuih2 segera erm macam2 la bleh la try nk cari. pepada dealer2 tupperware yang biasa gi bli stok di stokis shah alam mmg dekat sebab kedai tu belakang stokis tupperware mmg senang nak cari. erm mmg kebetulan.

selain tu ada info dari zaid dekat sek 17 area bus stand shah alam ada. tp mama belum cari area situ.


ni kedai kedai dia...credit to here.

yang dicari datang begolek so mama mmg bli la sekor ayam dia lebih kurang rm18..berapa kg tak perasan plak...and bahagian atas peha lebih kurang rm10. klu ikut price dia mmg mahal skit dr ayam daging cucuk nih so sedang mencuba insyaAllah moga dimorahkan rezeki. sbbkan mama ni la yg akan masak tuk anak2 yang sedang membesar + dan adik didalam perut ni pun sama juga kepada en suami tu so mama la kena buat keputusan sendiri.


ni ayam organik biasa..kalau nk ayam kampung tak silap plastik cover merah.

menu kami malam tadi ala2 nasi ayam cumanya nasi putih biasa + sup ayam + ayam goreng berempah...ala2 kan nasi ayam... gambar tak dan nk capture sbnya izz wathieq dah ngamuk nak cupppp nk cuppp.... so dalam tak larat tingal bedua tu kene dahulukan budak cuk ni bg kenyang baru la mama leh buat benda lain...

tp kalau rasa tu cam walaupun ayam dia sikit sbb mama masak tuk makan betiga je mmg manis sup tu. dan ayam dia tak hanyir cam biasa klu ayam frozen nih. so harap2 kedai2 muslim nih dapat bertahan lama dan insyaAllah kami diluar ni akan menjadi pelanggan setia. insyaAllah

2 komen pembaca:

  1. Terima kasih kerana menyokong produk bumiputera muslim. mari bersama mencari produk halal dan toyiba!

  1. mama_izz said...:

    insyaAllah... :)