468x60

puding roti sos kastard

Tuesday, November 1, 2011
Sangat simple dan mudah nak buat...sbb tiba2 teringain bila nmpak roti dah nk xpired...so mama pun cari2 la resepi dari sni

kredit pada yg share resipi ni mmg jadi dah tak manis sgt...gud gud!!! mama tolong copy tuk share kat smua....dan ni pic hasil puding mamaizz ~yumm yumm

before


after


walaupun presentation tak sehebat master shef tp jadila buat makan wathieq..huhu...ni jugak mama terlebih skit tepung kastad sbb wathieq duk kacau...so pekat skit sos dia..

Bahan-bahan ( 1 happy family )

Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
1 s/b buah pala *(optional)
Bahan C-kuah
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara-cara

Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

~resepi ni mama tak ikut semua sbbnya bahan pun tak cukup kat rumah so pakai mana yg ada jer janji leh jd ala2 puding.... ;D

0 komen pembaca: